Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menyiapkan Kalendar 2021. Apa yang saya boleh cakap dalam tempoh penghasilan kalendar ini saya menghadapi pelbagai cabaran. Pertama sekali, saya menghadapi masalah ketika hendak memuat turun aplikasi Photoshop. Hal ini kerana, aplikasi tersebut tidak sesuai digunakan untuk komputer riba saya kerana komputer saya ni komputer otai-otai. Kiranya komputer saya hanya menunggu masa namun dia sangat berbakti ye.. Dia tetap cuba bertahan. Bukan sekadar komputer riba, saya juga menghadapi masalah dengan line internet. Meskipun dapat percuma 40 gb tapi liputannya tidak kuat di tempat yang saya tinggal. Saya guna internet data sendiri sepanjang kuliah atas talian. Bukan nak mengeluh, tapi saya nak tekankan disini saya masih berusaha.  Hari Khamis yang saya terima mesej saya kena muat turun Photoshop ni saya tak tidur semalaman kerana tunggu dia habis muat turun. Tiba-tiba pada pagi Jumaat tersebut komputer riba saya tak boleh buka. Gugur jantung saya, ya allah nak cakap apa ini kat ayah saya. Ayah saya hanyalah pemandu teksi, takkan nak pinjam kat saudara mara kalau komputer saya rosak huhuh. Menangis saya depan komputer riba, alhamdulillah dengan izin Allah komputer riba saya berfungsi semula sebelum kelas bermula.  Walau bagaimanapun, siapa sangka hari demi hari menggunakan aplikasi Photoshop yang dihantar oleh seorang hamba Allah ini akhirnya saya mula suka untuk melakukan kerja ini. Dibawah ini saya sertakan kalendar saya yang merupakan kenangan penuh dengan air mata. 
















\