Tuesday 24 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedang asyik aku menonton anime kesukaan ku, tiba-tiba masuk notifikasi dari Instagram. Terkejut beruk aku hahahah sebab ye lah, bila tengok nama yang like gambar aku ialah Prof Dr Normaliza. Fuhhhh terus buka instagram dan screenshot sebab Prof pernah cakap, bila dia like kena cepat2 screenshot sebab kemungkinan untuk di unlike itu tinggi hahahahahah. Menggelabah semua budak BLM buka ig dan hampir kesemuannya post di status ws tentang Prof DrN yang dah like gambar kami. Rasa dia macam bintang Kpop kesukaan aku yang like gambar aku ... Ngam pulak Prof komen,lagilah aku gembira... Terima Kasih Prof Dr Normaliza 

Monday 16 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, vidoe yang disertakan diatas ialah contoh gambar mengikut jenis-jenis Flatlay. Betul lah kata Prof Dr Normaliza, minggu lepas punya video kami rasa penat sangat bila buat, tapi minggu ni kami mula rasa fun bila buat tugasan ini. Tipulah kalau saya kata tak penat, tapi kami rasa puas bila nampak hasil kerja kami. Semoga Prof juga begitu hihihi. 

Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik

TIADA TAJUK PRODUCTION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Video yang disertakan di atas ini merupakan video pertama kami muat naik di dalam Youtube. Isi kandungan dalam video ini dimulai dengan pembuatan video montag bagi memperkenalkan semua ahli kumpulan. Seterusnya, tugasan yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim, iaitu mengambil gambar siluet, over the shoulder, bird"s eye view, pendua, kabur, dan bayang. Pelaksanaan video ini amat bermakna bagi kami kerana ia memerlukan banyak kesabaran dan keredhaan dengan masa yang diluangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam kalangan ahli kumpulan kami ini mempunyai jadual waktu kelas yang berbeza. Namun, kelainan jadual kelas itu tidak membataskan kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi. 

Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Peta Minda Kepentingan Asas Grafik di Instagram

Posting Kepentingan Asas Grafik

Profil Instagram 





BBM3410Satu2020: Asas Grafik dalam Multimedia


BAB 5: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
Elemen mudah membawa maksud apabila seseorang itu melihat sesuatu gambar, individu tersebut dapat meneka gambar tersebut dengan betul tanpa rasa keliru.  Elemen warna pula merupakan eleemen yang mementingkan kombinasi warna. Sewajarnya tidak lebih dari tiga warna. Seterusnya, elemen kesesuaian pula merupakan elemen asas bagi memastikan sesuatu foto atau video mempunyai latar yang sesuai dari segi latar masa, latar tempat, dan latar watak. Elemen terakhir ialah elemen yang mementingkan keseimbangan yang terdapat dalam grafik  iaitu dari segi ruang atas, bawah, kiri dan kanan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)


Struktur Makro 
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik?tema suatu teks
Superstruktur 
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro 
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977). Teori ini terbahagi kepada tiga iaitu struktur mukro yang menganalisis makna  gobal sesuatu teks, superstruktur pula membincangkan tentang rangka sesuatu teks dan akhir sekali struktur mikro pula menekankan tentang makna lokal suatu teks.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
 Strategi Pengelakan afau Pengurangan
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej
2. Pengolakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Panpasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi strategi komunikasi ini amat penting bagi melakukan pendekatan untuk berkomunikasi. Terdapat 12 strategi penting yang telah dikemukakan. Antaranya ialah parafrasa.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi   Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti  Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Rumusan daripada Bab 4:  Instagram Menyeronokkan, terdapat banyak menfaat yang boleh diperoleh dari medium ini. Medium ini dapat membantu pengguna mempelajari cara merakam video, menonton dan mempelajari cara  membuat cerita pendek.  Selain itu, ia juga berupaya meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi dalam kalangan pengguna. Akhir sekali,Instagram juga memberi faedah kepada guru dan pelajar yang menggunkan medium ini dalam proses pembelajaran. 

Rujukan: 
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Teknologi.

Berdasarkan Graf 6.1, menunjukkan hasil dapatan bagi blog di dalam Pengajian Kesusasteraan. Genre bagi objektif ini ialah genre kesusasteraan iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Hasil dapatan yang diperoleh bagi puisi ialah sebanyak 66.7% bersamaan dengan 20 responden lelaki dan 80% yang pula terdiri daripada responden wanita. Responden menyatakan bahawa mereka menulis puisi berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang.  Antara contoh puisi ialah puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan mereka. Seterusnya ialah bagi cerpen pendek. Sebanyak 86.7% bersamaan dengan 26 responden lelaki dan 96.7% pula ialah responden wanita telah menyatakan bahawa penulisan blog merupakan salah satu medium terbaik bagi menulis cerita pendek. Tujuan responden menulis ialah bagi meningkatkan kemahiran menulis mereka. Selain itu, terdapat juga responden bagi penulisan skrip untuk genre kesusasteraan ini. Seramai 23 orang responden lelaki bersamaan dengn 76.7% dan 28 orang responden wanita bersamaan dengan 91.3% menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula terdapat  20 orang responden lelaki bersamaan dengan 66.7% dan 26 orang responden wanita bersamaan dengan 86.7% menyatakan bahawa pantun ialah genre yang sesuai untuk penulisan blog.

Graf  6.2 pula menunjukkan hasil keputusan bagi pembelajaran bahasa yang boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Sebanyak 80% bersamaan dengan 24 responden lelaki dan 83.3% bersamaan dengan 25 responden wanita memilih menulis surat bagi pembelajaran bahasa dalam blog. Peratusan bagi wanita lebih tinggi kerana wanita lebih suka menulis surat untuk teman istimewanya. Seterusnya, tempat meluahkan perasaan. Sebanyak 66.7% bersamaan dengan 20 responden lelaki dan 100% bersamaan dengan 30 responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih bersikap sentimental. Akhir sekali bagi, sebanyak 93.3% bersamaan dengan 28 responden lelaki dan 96.7% iaitu 29 responden wanita memilih unttuk menulis teka teki.

Graf 6.3 pula menunjukkan blog dalam pembelajaran teknologi iaitu video, audio dan fotografi. Sebanyak 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video di dalam blog kerana meberi kepuasan. Seterusnya, kedua-dua jumlah responden juga gemar memasukkan audio ke dalam blog mereka. Akhir sekali bagi memasukkan gambar pula sebanyak 93% bersamaan dengan 28 responden lelaki dan 100% responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka gemar menggunakan telefon dan mengambil gambar.

Rujukan/ Bibliografi
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.