Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Teknologi.

Berdasarkan Graf 6.1, menunjukkan hasil dapatan bagi blog di dalam Pengajian Kesusasteraan. Genre bagi objektif ini ialah genre kesusasteraan iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Hasil dapatan yang diperoleh bagi puisi ialah sebanyak 66.7% bersamaan dengan 20 responden lelaki dan 80% yang pula terdiri daripada responden wanita. Responden menyatakan bahawa mereka menulis puisi berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang.  Antara contoh puisi ialah puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan mereka. Seterusnya ialah bagi cerpen pendek. Sebanyak 86.7% bersamaan dengan 26 responden lelaki dan 96.7% pula ialah responden wanita telah menyatakan bahawa penulisan blog merupakan salah satu medium terbaik bagi menulis cerita pendek. Tujuan responden menulis ialah bagi meningkatkan kemahiran menulis mereka. Selain itu, terdapat juga responden bagi penulisan skrip untuk genre kesusasteraan ini. Seramai 23 orang responden lelaki bersamaan dengn 76.7% dan 28 orang responden wanita bersamaan dengan 91.3% menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula terdapat  20 orang responden lelaki bersamaan dengan 66.7% dan 26 orang responden wanita bersamaan dengan 86.7% menyatakan bahawa pantun ialah genre yang sesuai untuk penulisan blog.

Graf  6.2 pula menunjukkan hasil keputusan bagi pembelajaran bahasa yang boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Sebanyak 80% bersamaan dengan 24 responden lelaki dan 83.3% bersamaan dengan 25 responden wanita memilih menulis surat bagi pembelajaran bahasa dalam blog. Peratusan bagi wanita lebih tinggi kerana wanita lebih suka menulis surat untuk teman istimewanya. Seterusnya, tempat meluahkan perasaan. Sebanyak 66.7% bersamaan dengan 20 responden lelaki dan 100% bersamaan dengan 30 responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih bersikap sentimental. Akhir sekali bagi, sebanyak 93.3% bersamaan dengan 28 responden lelaki dan 96.7% iaitu 29 responden wanita memilih unttuk menulis teka teki.

Graf 6.3 pula menunjukkan blog dalam pembelajaran teknologi iaitu video, audio dan fotografi. Sebanyak 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video di dalam blog kerana meberi kepuasan. Seterusnya, kedua-dua jumlah responden juga gemar memasukkan audio ke dalam blog mereka. Akhir sekali bagi memasukkan gambar pula sebanyak 93% bersamaan dengan 28 responden lelaki dan 100% responden wanita. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka gemar menggunakan telefon dan mengambil gambar.

Rujukan/ Bibliografi
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment