Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA" BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
  [1] Keluarga 
Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara 
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka

Sebuah rumah yang serba kecil tidak membatas keupayaan, Nadi untuk malas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nadi merupakan adik bongsu daripada tiga orang adik beradik. Meskipun dia seorang adik bongsu, Nadi sangat rajin dalam melakukan kerja rumah bagi meringankan beban ibunya. Ibu Nadi berniaga nasi lemak setiap pagi. Oleh kerana, ibunya sibuk meniaga Nasi Lemak, kakak iaitu Saidatul akan memastikan adik-adiknya telah bersarapan dan bersiap ke sekolah. Saidatul merupakan kakak sulung. Adik keduanya bernama Ahmad juga rajin menolong ibunya menjual kek di sekolah. Sikap kakak dan abangnya itu dicontohi oleh Nadi. Nadi tidak pernah merungut jika dia membantu kedua orang tuanya. Nadi juga sering mengurut bapanya ketika pulang ke rumah. Ibu dan bapa Nadi sering memberi nasihat dan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Ibu bapanya yakin bahawa akhlak yang baik itu akan sentiasa dicontohi oleh anak-anaknya jika dimulakan dari awal dan diberi contoh yang baik oleh kedua ibu bapanya sendiri. Sebagai contoh, bapa Nadi akan membantu ibu untuk memasak kerana ibunya penat berniaga. Kesanggupan ayah membantu ibu itulah yang membuka hati anak-anak bahawa mereka itu harus saling tolong-menolong bagi meringakan beban sesama mereka. Sikap yang baik ini akan sentiasa dikenang dan membuat orang sayang kita. Oleh itu, Nadi dan adik beradiknya yang lain akan selalu mengingati pesan ibu dan ayah agar mereka disayangi semua. 

 Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi   Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti           Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment