Ringkasan Cerita Sosial 2:
Berdasarkan Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan
adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang
lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai
buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat,
buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik
beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang
sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada
ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji
oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau
makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik. Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim
terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada
Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham
yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi
kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah,
ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk
kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment