Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara-cara Membuat blogspot

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Cara penulisan blog yang baik ialah penulis perlulah kreatif dalam menarik perhatian pembaca dengan tajuk yang memikat hati. Penulis juga perlulah peka dengan isu terkini agar dapat mencipta penulisan yang terbaik sesuai dengan masyarakat. Selain itu, penulis harus bijak mengatur strategi agar pembaca tidak berasa bosan. Oleh itu, penulis harus bijak dalam menggunakan neka bahasa seperti neka humor, neka basahan dan sebagainya. Namun begitu, penulis harus membezakan konteks penulisan yang hendak ditulis sama ada penulisan formal mahupun tidak formal. Hal ini kerana, jika penulis hendak menulis blog untuk tujuan penulisan pendidikan, laras bahasa yang digunakan juga harus menggunakan laras akademik.  Penulis juga hendaklah mempunyai kohesi dan koheran dalam menulis hujah yang terbaik serta huraiannya. Penulisan yang ringkas, padat dan jelas juga dapat menarik minat pembaca. Hal ini demikian kerana, dapat memudahkan usaha pembaca untuk membaca, memahami dan meneruskan pembacaan mereka.  Melalui penulisan penulis juga, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca menerusi ruang komen yang telah disediakan jika kurang memahami atau ingin menambah maklumat penulisan blog penulis tersebut. Seterusnya, penulis juga hendaklah menulis blog yang baik-baik dengan menekankan konsep moral dan nilai estetika dalam penulisannya. Hal ini kerana, melalui penulisan penulis itu dapat memberi contoh yang baik kepada pembaca melalui nilai-nilai yang diperoleh. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.       Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment