Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1

Cerita sosial ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim saat pulang ke kampung halamannya yang berada di Kajang. Alim berasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan itik dan ayam yang dipelihara oleh datuk dan neneknya. Setibanya Alim di kampung, datuk dan nenek yang menetap di Kajang itu dikejutkan dengan tangisan cucunya.  Segera nenek mendapatkan cucunya di tepi reban ayam lama. Alim menangis kerana berfikiran bahawa itik dan ayam datuk nenek telah mati. Nenek lalu memujuk Alim dan memberitahu bahawa haiwan peliharaannya itu telah dipindahkan ke reban yang baru. Alim kembali stabil. Namun begitu, Alim juga turut menangis kerana berasa bahawa datuk dan neneknya sudah tiada kerana keadaan rumah datuk dan nenek telah berubah. Lalu Alim terus menangis. Nenek membawa Alim mengelilingi rumahnya dengan menceritakan kepada Alim tentang perabot-perabot yang berada di rumah itu. Nenek memegang tangan Alim erat. Ali mula berhenti menangis dan duduk di ruang tamu bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Kedua ibu bapa dan datuk nenek Alim risau akan keadaan Alim yang tiba-tiba menangis sebegitu rupa pada hari itu tanpa sebab. Gelak tawa Alim dan adik beradiknya kelihatan di dapur . Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku di kampung datuk nenek itulah yang merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara keluarga.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment