Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga ku Bahagia ku

                                                                   

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Saya merupakan anak ketujuh dari tujuh orang adik beradik. Jarak umur antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh. Hal ini kerana, beza umur saya dengan kakak yang keenam ialah 6 tahun. Walau bagaimanapun ia tidak membataskan tahap keselesaan dan kerjasama antara adik beradik. Ini merupakan serba sedikit pengenalan tentang adik beradik saya. 
 Saya mempunyai 4 orang kakak dan 2 orang abang. Nama kakak saya yang pertama ialah Raliana, diikuti dengan Liza Rafiza, Nur Nabilah dan Nadirah Nathrah. Nama abang saya pula ialah Saiful Rafiq dan Saiful Hanafie.  Selain itu, saya juga mempunyai lapan orang anak buah. Anak buah saya yang pertama ialah Mohammad Aiman Adryan. Aiman mempunyai 4 orang adik iaitu Airell Danish, Aidid Irfan dan Airish Ashraff. Mereka merupakan anak kepada kakak saya yang pertama. Kakak saya yang kedua pula mempuntyai seorang sahaja anak yang dinamakan Darius. Manakala, kakak saya yang ketiga mempunyai dua orang anak iaitu Raisya Mardhiyah dan Natashah Medina. Inilah keluarga besar saya. Setiap daripada kami mempunyai kelebihan dan kelemahan yang melengkapi satu sama lain. Saya bangga mempunyai keluarga besar ini. Ayah dan ibu saya sentiasa mengingati kami bahawa air dicincang tak akan putus. Walau apa pun yang terjadi, keluarga sentiasa ada bersama hingga ke akhir hayat.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment