Pengenalan Bab 2:
Menulis cerita
secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses
penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan
juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat
mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih
suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses
pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam
aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Menerusi
Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya
pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita.
Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat
mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul
serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan
menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan
laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk
lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis.
Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan
daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat
terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis
sebuah cerita di laman sosial.
Selain itu,
menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati
bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus
agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan
pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau
pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara
terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru
dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment