Friday 19 June 2020

BBM3410Satu2020: Perbezaan Kajian Facebook dan Twitter

Perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter

Perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter ialah dari segi pengunanya. Penguna bagi medium Facebook dipelopori oleh semua golongan tidak kira tua atau muda namun bagi medium twitter ini lebih digemari oleh golongan muda, Selain itu, ia juga berbeza dari segi had bagi memasukkan sesuatu entri. Hal ini kerana, bagi laman Facebook jumlah perkataan yang digunakan tiada had berbanding dari laman twitter yang mempunyai had perkataan.  Selanjutnya, laman Facebook ini lebih efisyen bagi berkongsi maklumat seperti ilmu memasak dan sebagainya berbanding daripada laman twitter yang kebanyakkannya digunakan untuk bersahaja. Kemudian midum Facebook ini juga lebih mudah digunakan bagi mempromosikan barangan berbanding dengan medium Twitter kerana kebanyakkan daripada pengunanya dipelopori oleh golongan muda. Akhir sekali, medium Facebook juga mempunyai had masa yang lebih panjang bagi memuat naik video berbanding dengan laman Twitter. 

Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan Normaliza Abd Rahim (2018) 1

Lirik Lagu 1 - Keluarga

Saya berasa puas hati 
Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari 
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Lirik lagu di atas menunjukkan kasih sayang dan keakraban dalam sesuatu kekeluargaan. Lirik lagu ini menunjukkan pelbagai nilai yang boleh dicontohi.

Facebook

Twitter



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




BBM3410Satu2020: Peta Minda Watak Dan Perwatakan (Normaliza Abd Rahim, 2019).

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca .. Saya harap hari anda semua baik-baik sahaja. Di pagi Jumaat ini saya harap semua urusan anda dipermudahkan. Ini merupakan tugasan dari buku Multimedia Dalam Bahasa. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday 12 June 2020

BBM3410Satu2020: Aktiviti 1,2 & 3 Bab 8 Implikasi Pedagogi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,.. Gambar yang disertakan dibawah ini ialah berkaitan dengan aktiviti 1,2 dan 3 yang terdapat pada Bab 8 iaitu Implikasi Pedagogi. 






Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 5 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Terdapat tiga nilai yang diperoleh melalui Cerita Sosial 5 ini iaitu nilai pembersih, pemurah hati dan nilai kasih sayang. Nilai pembersih ini amat penting dalam kehidupan seharian. Nilai ini ditunjukkan oleh Alim yang suka mengemas semua buku dalam bentuk abjad setelah membaca. Seterusnya, nilai pemurah hati. Alim ini seorang kanak-kanak yang sangat pemurah hati, dia tidak pernah melupakan orang disekelilingnya apabila senang. Sebagai contoh, dapat dilihat apabila Alim ini sering berkongsi dengan Sulaiman iaitu jirannya. Akhir sekali, nilai kasih sayang. Perkara ini dapat dilihat apabila adik beradik Alim ini susah hati melihat Alim dalam keadaan tidak sihat sehingga adik perempuan Alim itu menangis melihat keadaan abangnya. Berikut ialah nilai yang diperoleh daripada buku yang telah diambil gambar. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Animasi, drama dan filem (Normaliza Abd Rahim)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..... hihihi jadi tugasan yang pertama pada pagi yang indah ini ialah kami perlu menyediakan nota bergambar berkenaan dengan tajuk Animasi, drama dan filem dari buku Multimedia dalam bahasa. Berikut ialah notanya,

Terdapat 5 perkara yang perlu dititik beratkan dalam topik ini iaitu perlu buat peta minda untuk watak dan perwatakan, plot, latar bagi setiap babak, skrip dan papa cerita. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday 5 June 2020

BBM3410Satu2020: Aktiviti 1,2 dan 3 BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini kami belajar tentang rangkaian sosial bagaimana ia berfungsi, apa impaknya sama ada positif atau negatif dan penggunaannya. Di bawah ini merupakan aktiviti yang perlu disiapkan.


Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada pendapat saya, terdapat banyak nilai yang boleh diperoleh daripada Cerita Sosial 4 ini, namun hanya tiga nilai sahaja yang diketengahkan iaitu nilai baik hati, rajin dan nilai tidak mudah putus asa. Nilai baik hati ini dipaparkan oleh Alim yang hendak membawa kek hari jadinya kepada rakan-rakan sekelas. Nilai rajin pula ditunjukkan oleh Alim kerana dia rajin belajar apa yang diajar oleh guru dan ibunya. Akhir sekali, nilai tidak mudah putus asa dipaparkan oleh Alim kerana dia sentiasa cuba untuk belajar benda baru baginya. 
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semua, pagi ini kedengaran bunyi burung ber chip chip tiba-tiba bunyi mesej masuk. Dalam hati dah bersedia untuk berperang dan redha. Jadi ini ialah tugasan yang diterima untuk buku MULTIMEDIA DALAM BAHASA.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia