Friday 12 June 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 5 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Terdapat tiga nilai yang diperoleh melalui Cerita Sosial 5 ini iaitu nilai pembersih, pemurah hati dan nilai kasih sayang. Nilai pembersih ini amat penting dalam kehidupan seharian. Nilai ini ditunjukkan oleh Alim yang suka mengemas semua buku dalam bentuk abjad setelah membaca. Seterusnya, nilai pemurah hati. Alim ini seorang kanak-kanak yang sangat pemurah hati, dia tidak pernah melupakan orang disekelilingnya apabila senang. Sebagai contoh, dapat dilihat apabila Alim ini sering berkongsi dengan Sulaiman iaitu jirannya. Akhir sekali, nilai kasih sayang. Perkara ini dapat dilihat apabila adik beradik Alim ini susah hati melihat Alim dalam keadaan tidak sihat sehingga adik perempuan Alim itu menangis melihat keadaan abangnya. Berikut ialah nilai yang diperoleh daripada buku yang telah diambil gambar. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment