Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: CERTIA SOSIAL 2 ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Pada pendapat saya, terdapat banyak nilai murni yang dapat diperoleh melalui Cerita Sosial 2 dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim. Antaranya ialah nilai murni pemurah atau baik hati. Hal ini dapat dilihat apabila, Alim meminta kebenaran ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan buat rakannya Sulaiman. Selain itu, nilai bekerjasama. Sebagai contoh, setelah selesai makan mereka adik beradik akan bekerjasama membantu ibu bapanya mengemas rumah. Akhir sekali, nilai semangat berjiran. Hal ini dapat dilihat apabila Alim menerangkan kepada Mak Timah bahawa ibunya mengajar Alim tentang berkongsi sebagai sebuah perbuatan yang baik. Tambahan lagi, ibu juga menerangkan kepada Alim bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub jiran yang baik. Kesimpulannya, dalam cerita ini terdapat banyak nilai murni yang dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment