Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


Terdapat tiga nilai yang diperoleh melalui Cerita Sosial 3. Nilai yang pertama ialah nilai bertolak ansur. Nilai ini amat penting dalam kehidupan. Hal ini kerana kita hidup bukannya sendiri. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai bertolak ansur itu ialah apabila mereka adik beradik menolong ibunya mengemas rumah. Seterusnya nilai kerajinan. Nilai rajin ini ditunjuk pada watak Alim yang rajin menolong adiknya sehingga ibunya mengatakan bahawa Alim sebagai anak yang rajin. Akhir sekali, nilai penyayang. Alim sangat sayang akan keluarganya, begitu juga dengan ahli keluarga yang menyayangi Alim. 

Rujukan:
 Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment