Wednesday, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record 
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.  Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
NurSyafika Binti Rapol

199783
Bahagian B: 

Ringkasan Cerita Sosial 2:
Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


Bahagian A: Peta Minda tentang Jenis Shot


Bahagian B: Huraian kepentingan Rule of Thirds


Rule of  Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan di tepi laut. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan laut yang dipenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. Sebagai contoh, seorang gadis yang sedang berdiri di stesen bus bersama rakan-rakannya untuk pergi ke sekolah. Gadis itu terletak betul-betul pada titik kuasa yang menunjukkan bahawa gadis itu merupakan subjek utama dalam gambar. Seterusnya dapat dilihat jalan raya yang penuh dengan kenderaan kelihatan luas di arah berlawanan dengan subjek utama. Namun, kenderaan yang ada dalam gambar itu tidak mengenai titik kuasa seperti mana yang dapat dilihat pada subjek utama. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.        




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Pengenalan Bab 2: 
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:
Menerusi Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita. Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis. Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis sebuah cerita di laman sosial.


Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.




Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)





Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Monday, 27 April 2020

BBM3410: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Bab 1 Pekaka Bercerita: Animasi dan lagu Cerita Rakyat Melayu


Bab 2 Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi 

Markah Kumpulan Tiada Tajuk Production







Markah kumpulan kami yang terbaru setelah berjaya menghantar swafoto yang comel untuk Prof Dr Normaliza terhibur dengan kami. Terima kasih Prof sebab bagi kami peluang perbetul kesilapan kami. 

Tuesday, 24 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedang asyik aku menonton anime kesukaan ku, tiba-tiba masuk notifikasi dari Instagram. Terkejut beruk aku hahahah sebab ye lah, bila tengok nama yang like gambar aku ialah Prof Dr Normaliza. Fuhhhh terus buka instagram dan screenshot sebab Prof pernah cakap, bila dia like kena cepat2 screenshot sebab kemungkinan untuk di unlike itu tinggi hahahahahah. Menggelabah semua budak BLM buka ig dan hampir kesemuannya post di status ws tentang Prof DrN yang dah like gambar kami. Rasa dia macam bintang Kpop kesukaan aku yang like gambar aku ... Ngam pulak Prof komen,lagilah aku gembira... Terima Kasih Prof Dr Normaliza 

Monday, 16 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, vidoe yang disertakan diatas ialah contoh gambar mengikut jenis-jenis Flatlay. Betul lah kata Prof Dr Normaliza, minggu lepas punya video kami rasa penat sangat bila buat, tapi minggu ni kami mula rasa fun bila buat tugasan ini. Tipulah kalau saya kata tak penat, tapi kami rasa puas bila nampak hasil kerja kami. Semoga Prof juga begitu hihihi. 

Tuesday, 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik

TIADA TAJUK PRODUCTION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Video yang disertakan di atas ini merupakan video pertama kami muat naik di dalam Youtube. Isi kandungan dalam video ini dimulai dengan pembuatan video montag bagi memperkenalkan semua ahli kumpulan. Seterusnya, tugasan yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim, iaitu mengambil gambar siluet, over the shoulder, bird"s eye view, pendua, kabur, dan bayang. Pelaksanaan video ini amat bermakna bagi kami kerana ia memerlukan banyak kesabaran dan keredhaan dengan masa yang diluangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam kalangan ahli kumpulan kami ini mempunyai jadual waktu kelas yang berbeza. Namun, kelainan jadual kelas itu tidak membataskan kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi. 

Friday, 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Peta Minda Kepentingan Asas Grafik di Instagram

Posting Kepentingan Asas Grafik

Profil Instagram 





BBM3410Satu2020: Asas Grafik dalam Multimedia


BAB 5: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
Elemen mudah membawa maksud apabila seseorang itu melihat sesuatu gambar, individu tersebut dapat meneka gambar tersebut dengan betul tanpa rasa keliru.  Elemen warna pula merupakan eleemen yang mementingkan kombinasi warna. Sewajarnya tidak lebih dari tiga warna. Seterusnya, elemen kesesuaian pula merupakan elemen asas bagi memastikan sesuatu foto atau video mempunyai latar yang sesuai dari segi latar masa, latar tempat, dan latar watak. Elemen terakhir ialah elemen yang mementingkan keseimbangan yang terdapat dalam grafik  iaitu dari segi ruang atas, bawah, kiri dan kanan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.