Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA" BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
  [1] Keluarga 
Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara 
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka

Sebuah rumah yang serba kecil tidak membatas keupayaan, Nadi untuk malas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nadi merupakan adik bongsu daripada tiga orang adik beradik. Meskipun dia seorang adik bongsu, Nadi sangat rajin dalam melakukan kerja rumah bagi meringankan beban ibunya. Ibu Nadi berniaga nasi lemak setiap pagi. Oleh kerana, ibunya sibuk meniaga Nasi Lemak, kakak iaitu Saidatul akan memastikan adik-adiknya telah bersarapan dan bersiap ke sekolah. Saidatul merupakan kakak sulung. Adik keduanya bernama Ahmad juga rajin menolong ibunya menjual kek di sekolah. Sikap kakak dan abangnya itu dicontohi oleh Nadi. Nadi tidak pernah merungut jika dia membantu kedua orang tuanya. Nadi juga sering mengurut bapanya ketika pulang ke rumah. Ibu dan bapa Nadi sering memberi nasihat dan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Ibu bapanya yakin bahawa akhlak yang baik itu akan sentiasa dicontohi oleh anak-anaknya jika dimulakan dari awal dan diberi contoh yang baik oleh kedua ibu bapanya sendiri. Sebagai contoh, bapa Nadi akan membantu ibu untuk memasak kerana ibunya penat berniaga. Kesanggupan ayah membantu ibu itulah yang membuka hati anak-anak bahawa mereka itu harus saling tolong-menolong bagi meringakan beban sesama mereka. Sikap yang baik ini akan sentiasa dikenang dan membuat orang sayang kita. Oleh itu, Nadi dan adik beradiknya yang lain akan selalu mengingati pesan ibu dan ayah agar mereka disayangi semua. 

 Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi   Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti           Malaysia Terengganu.



Monday 24 February 2020

BBM3410Satu:Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blanket Test pada 24/2/2020:
1. Terangkan apa yang difahamkan dengan elemen asas grafik mudah.
Jawapan: Asas grafik mudah ini difahamkan apabila kita melihat gambar yang diberi secara tidak langsung kita dapat meneka gambar tersebut membawa maksud pemandangan laut bukan gambar sekolah atau kereta.

2. Terangkan apakah yang ditayangkan pada papan layar berkaitan dengan asas fotografi.
Jawapan: Siluet dan pendua

Kumpulan: Tiada Tajuk Production 

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi



MUG SHOT : ARDILLA



MUG SHOT: NUR HUSNINA



MUG SHOT: EMMY





MUG SHOT : HAZ



MUG SHOT: RASYIDAH








MUG SHOT : ZUL 




MUG SHOT : SYAFIKA



MUG SHOT: ABIDIN



MUG SHOT: AQILAH 




LONG SHOT : PEMANDANGAN & MANUSI


LONG SHOT : PEMANDANGAN

MEDIUM SHOT: PEMANDANGAN 1

MEDIUM SHOT: PEMANDANGAN 2 


CLOSE UP : ANGGOTA BADAN

CLOSE UP : BARANG

                                       PORTRAIT MUKA


PORTRAIT PENUH



Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR NIORMALIZA ABD RAHIM


Ringkasan Cerita Sosial 2:

Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga. 




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Keluarga ku Bahagia ku

                                                                   

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Saya merupakan anak ketujuh dari tujuh orang adik beradik. Jarak umur antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh. Hal ini kerana, beza umur saya dengan kakak yang keenam ialah 6 tahun. Walau bagaimanapun ia tidak membataskan tahap keselesaan dan kerjasama antara adik beradik. Ini merupakan serba sedikit pengenalan tentang adik beradik saya. 
 Saya mempunyai 4 orang kakak dan 2 orang abang. Nama kakak saya yang pertama ialah Raliana, diikuti dengan Liza Rafiza, Nur Nabilah dan Nadirah Nathrah. Nama abang saya pula ialah Saiful Rafiq dan Saiful Hanafie.  Selain itu, saya juga mempunyai lapan orang anak buah. Anak buah saya yang pertama ialah Mohammad Aiman Adryan. Aiman mempunyai 4 orang adik iaitu Airell Danish, Aidid Irfan dan Airish Ashraff. Mereka merupakan anak kepada kakak saya yang pertama. Kakak saya yang kedua pula mempuntyai seorang sahaja anak yang dinamakan Darius. Manakala, kakak saya yang ketiga mempunyai dua orang anak iaitu Raisya Mardhiyah dan Natashah Medina. Inilah keluarga besar saya. Setiap daripada kami mempunyai kelebihan dan kelemahan yang melengkapi satu sama lain. Saya bangga mempunyai keluarga besar ini. Ayah dan ibu saya sentiasa mengingati kami bahawa air dicincang tak akan putus. Walau apa pun yang terjadi, keluarga sentiasa ada bersama hingga ke akhir hayat.

Sekian terima kasih. 

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NAMA: NURSYAFIKA BINTI RAPOL
NO MATRIK: 199783

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 Gambar di atas merupakan gambar yang berisikan soalan dan jawapan bagi aktiviti 2. Pelajar dikehendaki menjawab soalan tentang "Manfaat atau kelebihan media sosial di dalam kelas". Antara manfaat atau kelebihan media sosial yang dijawab ialah dapat mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan penulisan yang bombastik. Sekian terima kasih.

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik





Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ini kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan pertama dalam kumpulan masing-masing. Prof memberi kami tempoh masa bermula dari 10.30 pagi hingga 12.15 tengah hari. Penyiapan tugasan ini memerlukan kerjasama ahli kumpulan yang padu. Permulaan bagi menyiapkan tugasan ini ialah pembahagiaan tugasan oleh ketua kepada ahli kumpulan masing-masing. Setelah kami menyiapkan tugasan ini, kami dapati bahawa tugasan ini memerlukan kerjasama, fokus dan ketelitian setiap ahli kumpulan.

Kemas Kini 24/2/2020

Muka Hadapan
Kami mempunyai 9 orang ahli kumpulan diketuai oleh Nursyafika dan Aqilah Hanis sebagai penolong. Semasa melakukan hasil kerja ini, kami terlslu mementingkan cara penampalan yang baik agar tiada gelombong dan dan jarak ruang bagi menampal majalah. Kami agak cuai pada ketika itu, apabila kami tertinggal perkataan "Production" bagi nama kumpulan kami. Kesalahan itu amat lah merisaukan diri kami. Namun, kesilapan yang dilakukan itu mengajar kami untuk lebih fokus dan dan berjaga-jaga. Berikut ialah antara hasil kerja kami;






Gambar Ahli Kumpulan

BBM3410Satu2020:BlanketTest

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Hari ini di dalam kuliah kami dibekalkan dengan beberapa soalan yang dikenali sebagai "Blanket test". Blanket test ini mengukuhkan lagi semangat berpasukan di antara ahli kumpulan.
Soalan yang diberi berbunyi:
1. Berapa elemen yang terdapat pada kepentingan asas grafik?
Jawapan: Elemen yang terdapat pada kepentingan asas grafik terbahagi kepada lima, iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. (Syafika)
2. Berikan 1 elemen yang terdapat pada gambar 1 yang disiarkan?
Jawapan: Tiada Teks. (Haziq)
3. Berikan 1 elemen yang terdapat pada gambar 2 yang disiarkan?
Jawapan: Kesesuaian (Zul)

KUMPULAN: TIADA TAJUK PRODUCTION 

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1

Cerita sosial ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim saat pulang ke kampung halamannya yang berada di Kajang. Alim berasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan itik dan ayam yang dipelihara oleh datuk dan neneknya. Setibanya Alim di kampung, datuk dan nenek yang menetap di Kajang itu dikejutkan dengan tangisan cucunya.  Segera nenek mendapatkan cucunya di tepi reban ayam lama. Alim menangis kerana berfikiran bahawa itik dan ayam datuk nenek telah mati. Nenek lalu memujuk Alim dan memberitahu bahawa haiwan peliharaannya itu telah dipindahkan ke reban yang baru. Alim kembali stabil. Namun begitu, Alim juga turut menangis kerana berasa bahawa datuk dan neneknya sudah tiada kerana keadaan rumah datuk dan nenek telah berubah. Lalu Alim terus menangis. Nenek membawa Alim mengelilingi rumahnya dengan menceritakan kepada Alim tentang perabot-perabot yang berada di rumah itu. Nenek memegang tangan Alim erat. Ali mula berhenti menangis dan duduk di ruang tamu bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Kedua ibu bapa dan datuk nenek Alim risau akan keadaan Alim yang tiba-tiba menangis sebegitu rupa pada hari itu tanpa sebab. Gelak tawa Alim dan adik beradiknya kelihatan di dapur . Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku di kampung datuk nenek itulah yang merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara keluarga.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara-cara Membuat blogspot

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Cara penulisan blog yang baik ialah penulis perlulah kreatif dalam menarik perhatian pembaca dengan tajuk yang memikat hati. Penulis juga perlulah peka dengan isu terkini agar dapat mencipta penulisan yang terbaik sesuai dengan masyarakat. Selain itu, penulis harus bijak mengatur strategi agar pembaca tidak berasa bosan. Oleh itu, penulis harus bijak dalam menggunakan neka bahasa seperti neka humor, neka basahan dan sebagainya. Namun begitu, penulis harus membezakan konteks penulisan yang hendak ditulis sama ada penulisan formal mahupun tidak formal. Hal ini kerana, jika penulis hendak menulis blog untuk tujuan penulisan pendidikan, laras bahasa yang digunakan juga harus menggunakan laras akademik.  Penulis juga hendaklah mempunyai kohesi dan koheran dalam menulis hujah yang terbaik serta huraiannya. Penulisan yang ringkas, padat dan jelas juga dapat menarik minat pembaca. Hal ini demikian kerana, dapat memudahkan usaha pembaca untuk membaca, memahami dan meneruskan pembacaan mereka.  Melalui penulisan penulis juga, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca menerusi ruang komen yang telah disediakan jika kurang memahami atau ingin menambah maklumat penulisan blog penulis tersebut. Seterusnya, penulis juga hendaklah menulis blog yang baik-baik dengan menekankan konsep moral dan nilai estetika dalam penulisannya. Hal ini kerana, melalui penulisan penulis itu dapat memberi contoh yang baik kepada pembaca melalui nilai-nilai yang diperoleh. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.       Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Nama diberi NurSyafika Binti Rapol yang berumur 22 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya dilahirkan pada 24 Mei 1998. Saya menetap di Taman Kota Perdana, Seri Kembangan, Selangor. Saya pelajar tahun kedua di Universiti Putra Malaysia yang mengambil jurusan Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.