Monday 14 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

 Pada suatu hari, Prof Dr Normaliza telah menyuruh anak bongsunya yang bernama Alim untuk pergi ke pejabat pos bagi menghantar suratnya ke Singapore. Surat itu tidak dihantar melalui E-mail kerana pihak di Singapore mahukan dalam bentuk salinan yang nyata. Alim ini merupakan anak bongsu Prof yang dibesarkan di United Kingdom selama 6 tahun. Oleh itu, dia tidak begitu arif dalam menggunakan bahasa Melayu. Prof telah mengambil inisiatif untuk menghantarnya ke pusat tusyen dan mengajarnya selama 6 bulan. Semasa Alim memaklumkan kepada Prof bahawa dia telah membeli setem bagi surat tersebut, dia telah cuba untuk mengoyak belakang setem tersebut kerana disangkakan sebagai pelekat. Bagi tidak membuat Alim berputus asa, Prof hanya mengajarnya untuk menjilat belakang setem atau menggunakan air bagi membuat setem itu melekat. Akhirnya, Alim bahagia dapat tampal setem tersebut.

Kehadiran



No comments:

Post a Comment