Thursday 24 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

 

M9 - TERJEMAHAN QUOTATION

                                    

NURUL RASYIDAH BINTI ROSMADI          NURSYAFIKA BINTI RAPOL

(198182)                                             (199783)

1. Teks asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

Terjemahan Melayu:Apabila seseorang marah anda, senyum sahaja dan minta maaf.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Alim, mari ibu tolong!." seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.

"Saya tak mahu buat, ibu," kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.

(Halaman 25, perenggan 7 hingga 11)

 

2. Teks asal:When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.

Terjemahan Melayu:Apabila anda berada di titik terendah dalam hidup anda, ingatkan diri anda bahawa ia akan hilang satu hari nanti. Masa akan menyembuhkannya.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan Alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya Alim cepat sembuh.

Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi.

(Halaman 27, perenggan 8 dan 9)

 

 

3. Teks asal:Always be kind to others.

Terjemahan Melayu:Sentiasa bersikap baik terhadap orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?," tanya Alim kepada ibunya. "Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.

(Halaman 23, perenggan 11)

 

 

4. Teks asal:Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.

Terjemahan Melayu:Sayangi dan jaga diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi dan menjaga orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi.

(Halaman 27, perenggan 9)

 

 

5. Teks asal:Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

Terjemahan Melayu:Katakan perkara yang elok, katakan perkara yang baik dan anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Alim anak yang rajin dan baik, " sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

"Alim suka tolong adik," kata bapa sambil tersenyum.

"Terima kasih ibu. Terima kasih bapa," jawab Alim.

(Halaman 25, perenggan 3 hingga 5)

 

 

6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.

Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda. Saya hanyalah insan biasa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum.

(Halaman 25, perenggan 6)

 

7. Teks Asal:To me, you are the most precious person in the world.

Terjemahan Melayu:Bagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh.

Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abang, kakak, dan adik perempuan.

(Halaman 28, perenggan 1 dan 2)

 

 

8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.

Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu.

Bukti: Cerita 3 (Keluarga Saya)

            “Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

            “Saya rindu keluarga saya setip hari,” sebut Alim sambil tersenyum.

            “Kami sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.

            Alim tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain.

(Halaman 25, perenggan 13 dan 14 & halaman 26, perenggan 1 dan 2)

 

9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.

Terjemahan Melayu: Kebaikan akan berkata yang benar.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang istimewa)

“Alim, terima kasih beri buah-buahan kepada Sulaiman tadi,”kata Mak Cik Timah kepada Alim.

“Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil menganggukkan kepala.

( Halaman 24, perenggan 4 dan 5)

 

10. Teks Asal:Be a better person today and you will find happiness.

Terjemahan Melayu:Jadilah orang yang lebih baik pada hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

            Ibu memerhati Alim sambil tersenyum. Dia tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai pakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.

(Halaman 26, perenggan 6)

 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017), 200 Quotes for you... for us... Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu





Kehadiran:












No comments:

Post a Comment