Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

 

M7 – QUOTATION

                                    

NURUL RASYIDAH BINTI ROSMADI                            NURSYAFIKA BINTI RAPOL

198182                                                               199783


No

Original Text

Microsoft

Edited

Evidence

1.

It makes me feel better when I just let things go.

Ia membuatkan saya berasa lebih baik apabila saya hanya membiarkan perkara pergi.

Merelakan sesuatu pergi menenangkan hati

 

Merelakan sesuatu pergi membuatkan hati lebih tenang.

Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. (Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk : Hlm23:3)

 

Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. (Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk : Hlm22:12)

2.

I work hard every day to achieve my goal but the more I work, the more goals that I want to achieve.

Saya bekerja keras setiap hari untuk mencapai matlamat saya tetapi semakin banyak saya bekerja, lebih banyak matlamat yang saya mahu capai.

Setiap hari berusaha untuk capai impian tetapi semakin tinggi usaha semakin banyak impian yang ingin dicapai.

 

Setiap hari berusaha untuk mencapai impian tetapi semakin banyak usaha yang dilakukan, semakin banyak impian yang ingin dicapai.

 

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari. (Cerita Sosial 4 : Hati : Hlm 26: 6)

3.

Nature makes me feel bless every day.

Alam membuatkan saya berasa rahmat setiap hari.

Alam ini membuatkan saya rasa bersyukur setiap hari.

 

Alam semulajadi ini membuatkan saya rasa diberkati setiap hari.

Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. (Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk: Hlm 22:9)

4.

Missing a person will make you feel bless that you still have feelings towards others.

Hilang seseorang akan membuat anda berasa rahmat bahawa anda masih mempunyai perasaan terhadap orang lain.

Rasa rindu terhadap seseorang membuatkan anda bersyukur kerana masih mempunyai perasaan terhadap orang lain.

 

Perasaan rindu terhadap orang lain akan membuatkan anda rasa bersyukur kerana masih mempunyai perasaan terhadap orang lain.

“Saya rindu keluarga saya setiap hari,” sebut Alim sambil tersenyum. (Cerita Sosial 3: Keluarga Saya: Hlm 25:14)

5.

Feeling bless with what I have today.

Rasa diberkati dengan apa yang saya ada hari ini.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada pada hari ini.

 

Bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.

“Saya ada bapa. Saya ada ibu. Saya ada abang. Saya ada kakak. Saya ada adik perempuan,” ujar Alim sambil menunjuk ke arah setiap gambar di dinding. (Cerita Sosial 3: Keluarga Saya: Hlm 25:1)

6.

I will always try my best to be a better person every day.

Saya akan sentiasa cuba yang terbaik untuk menjadi orang yang lebih baik setiap hari.

Sentiasa mencuba menjadi yang lebih baik setiap hari.

 

Sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja, Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah. (Cerita Sosial 3: Keluarga Saya:  Hlm 25:12)

7.

To ask for forgiveness is like a big burden off your shoulder.

Untuk meminta pengampunan adalah seperti beban besar dari bahu anda.

Meminta pengampunan itu seperti melepaskan beban dari bahu yang menanggungnya.

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata Ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.”Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.

Alim tersengih dan cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya. (Cerita Sosial 3: Keluarga Saya : Hlm 25:10)

 

8.

I forgive you today, I forgive you tomorrow. I forgive you the days in between.

Saya memaafkan anda hari ini, saya memaafkan anda esok. Saya memaafkan anda hari-hari di antara.

Saya maafkan anda hari ini, esok dan hari di antaranya.

 

Saya maafkan anda hari ini, esok dan hari-hari yang lain.

Setiap hari, adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain. Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim. (Cerita Sosial 3: Keluarga Saya : Hlm 25:2)

9.

Be truthful in everything that you do.

Jujur dalam segala yang anda lakukan.

Sentiasa jujur dalam setiap yang dilakukan.

 

Sentiasa jujur dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Alim suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim,” kata Alim lagi sambil melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.(Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa : Hlm 24:9)

10.

Remind yourself every day that you are a good person.

Ingatkan diri anda setiap hari bahawa anda adalah orang yang baik.

Sentiasa ingatkan pada diri bahawa anda ialah orang yang baik.

 

Pesan kepada diri sendiri setiap hari bahawa anda orang yang baik.

 

Sentiasa ingatkan pada diri bahawa anda ialah orang yang baik.

 

Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. (Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa : Hlm 24:2)

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017), 200 Quotes for you... for us... Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



 

Kehadiran: Melalui Whatsapp saya dan Prof, saya telah menghantar rakaman suara prof sebagai bukti saya hadir kelas 



No comments:

Post a Comment