Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

 Semasa berada di United Kingdom, beliau mencari rumah sewa yang berhamiran dengan kedai Pakistan kerana ingin dekat dengan makanan halal. Keputusan Prof itu bukan sahaja hanya beliau yang memikirkannya, rupanya ramai lagi pelajar Malaysia yang turut mencari kawasan perumahan yang sama dengan Prof. Setibanya Prof, beliau disambut oleh persatuan pelajar yang ada di sana. Persatuan pelajar itu malah menjemput pelajar dari lapangan kapal terbang meskipun kawasan perumahan itu jauh dari London. Seterunsya, Prof dapati ramai masyarakat melayu yang ada di sana. Oleh itu, ia memudahkan urusan kerana makanan halal mudah didapati dan masjid juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Sungguhpun begitu, komuniti melayu yang ramai juga turut menimbulkan masalah kerana seperti yang sedia maklum jika di Malaysia kita berselisih dengan orang Melayu kita tidak menegur sekiranya tidak mengenali orang tersebut. Namun,di situ apabila kita terserempak dengan orang Malaysia yang berbangsa Melayu di pusat membeli barang, kita akan bertegur sapa tetapi tidak semua yang suka akan perbuatan tersebut. Melalui pengalaman Prof, beliau menegur salah seorang rakyat Malaysia di sana namun tidak dilaya. Prof pelik kerana perwatakan dan gaya semua menunjukkan beliau orang Malaysia bukan Brunei atau Singapura. Selepas daripada itu, Prof mula mempelajari bahawa dia juga harus mendiamkan diri.. Namun, setelah difikirkan semula mungkin juga orang  tersebut juga mengalami pengalaman yang sama seperti beliau, jadi Prof tidak terasa hati. Tamabhan pula, Prof juga ada terserempak dengan artis Malaysia yang berkahwin dengan orang luar, apabila ditegur beliau hanya terkejut tetapi baik sahaja. Prof mengingatkan bahawa jika kita di negara orang kita perlu lebih menghargai dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun,  jangan berlebihan kerana orang luar ini tidak suka akan perbuatan itu lebih-lebih lagi apabila kita memakai tudung. Oleh yang demikian, Prof menasihati agar kita duduk sahaja di Malaysia tidak perlu menetap di negara orang lain.

Kehadiran: Bukti kehadiran melalui E-Mel



No comments:

Post a Comment