Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

 M8: TERJEMAHAN TWITTER MUFTI MENK


NURSYAFIKA BINTI RAPOL 199783


Ramai yang cenderung untuk melihat kesakitan dan kekecewaan yang pernah berlaku kerana membuat pilihan atau keputusan yang salah dan lain-lain. Ia tidak dapat dielakkan. Namun, semuanya berlaku ada hikmahnya. Belajar dari pengalaman lalu dan jangan pernah ulangi kesilapan yang sama sekali lagi. Teruskan kehidupan. Yang Maha Kuasa sentiasa ada untuk membimbing anda. 


Tiada perkara baik yang hadir secara mudah. Prosesnya kadang-kadang menyakitkan tetapi percayalah kepada Yang Maha Kuasa yang mahu kita laluinya. Kesakitan itu penting dalam tempoh hendak membesar, ia menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih memuaskan. Rasa sakit itulah yang membuatkan kehidupan kita lebih bermakna dalam tempoh membesar. Percayalah pada prosesnya!














Anda mungkin mempunyai dosa setinggi gunung tetapi setelah anda benar-benar bertaubat, Yang Maha Kuasa akan menghapuskan semuanya kerana dia suka umatnya bertaubat. Jangan biarkan Syaitan membuat anda percaya yang sebaliknya. Jangan biarkan dosa anda menenggelamkan anda. Bertaubatlah hari ini dan mulalah tumpukan diri pada keberkatan yang diberi, tidak kira sekecil mana pun/












Pernah tak kadang-kadang anda rasa seperti bahu anda memikul beratnya dunia? Jangan risau. Anda tidak pernah bersendirian. Jangan fikir anda tidak berdaya & tidak ada jalan keluar. Carilah kekuatan anda dari Yang Maha Kuasa. Beban anda akan menjadi ringan. Ketahuilah bahawa dia akan memberikan hasil yang terbaik untuk anda!













Semakin besar rintangan, semakin besar kemenangan. Jangan mengeluh ketika ujian anda sukar. Yang Maha Kuasa menguji mereka yang paling Dia sayangi. Dia akan terus menguji kita. Ada tujuan disebalik ujian tersebut. Ujian adalah cara untuk membersihkan kita. Hayatinya, Anda akan menyedari nilainya pada akhirnya.












Kehadiran:





No comments:

Post a Comment